Jumaat lepas, aku amek cuti..planning balik jumpa hubby kat quarters dia la..camni la weekend hsbnd n wife..so, spt yg di plan, aku drive le dalam kul 1 pm, terus ke p. sena..aku tak inform hubby pun coz konon2nya aku nak wat surprise, sbb ni kali pertama aku drive ke sana bwk anak2, slalu dia yg ambik antaq..aku risau gak, sebab takut syabil meragam spanjang jalan ke sana, tp seb bek la dia ok..1o minit atas keta, dia tidoq..fuh lega..kalau tidak, tak tau le camne..
sampai je sana, aku tel hubby, tanya ada kat umah tak? dia cakap ada, baru balik semayang jumaat..ok, ada takpa, kalau takdak, naya aku, tunggu kat luar umah le jawabnye..sampai depan umah, aku hon hon, dia buka pintu, memang le dia tekezut, dia tanya awat nak mai tak habaq?? saja je nak wat surprise..masuk je dalam umah..mak aih..aku yang terkojut..tengok umah macam tongkang pecah..sikit lagi..sah pecah..tu la ibu, abah dah kata, gitau dulu nak mai, kan dah tekejut..kalau habaq, boleh le abah kemas2 apa yang patut..lemah lutut aku tengok keadaan umah tu..aku pun letak beg, dan...bermulalah sesi kemas mengemas sebuah tongkang yg hampir pecah...
setle bab mengemas, relax sat..mandi2 hubby bawak aku n anak2 gi Jitra, dia nak sangat2 tgk Transformers..bagus2..lama woo aku tak tengok wayang, walhal dulu, sejak bcinta, aku dan hubby memang kaki wayang..bleh kata apa je filem tbaru, aku mesti p tengok..last skali aku p masa umo anak sulung aku setahun kot..5 tahun ada la aku tak p..
tiket kitorang kul 10. aku risau gak nak bawak syabil dalam panggung, takut la di meragam, 1st time aku bawak dia, syamel ok, sbb dia memang xcited..
manusia punya la ramai, kebanyakkan mak bapak yg bawak anak2..memang bes la cite tu, aku jadi teruja..syamel pn teruja..hubby lagi la teruja, cam tk peduli dah kat aku kat sebelah..asyik sungguh melayan..sedar2 popcorn dah tinggal setengah baru dia bagi aku..hek eleh..cyan tul..syabil dah tido, boleh tido dalam keadaan yg bising gitu..bagus2..kalau tidak maunya aku kena kluaq panggung..aku boleh bagi 10 bintang kat filem ni..bes + aku keciwi dah lama tak masuk panggung..hahahahha...
No comments:
Post a Comment