Iklan aku..

Sunday, June 20, 2010

loya2..pening2..alahai..

Hemmm..bunyi tajuk kat atas tu cam simptom2 org mengandung je kan..ishh..idok le aku ni pregnant..cuma pagi ni, aku masuk ofis,rasa cam tu..takpun tu org panggil sindrom Sunday Blues..malas la wei,mai keja hari Ahad,mau taknya,aku keje kan kat Kedah,tp yg malas tu,umah aku kat Penang..maunya tak terasa malas, ye la, depa dok lena diulit intan, eh d ulit mimpi, aku plak la terkedek2 bawak keta sejaoh 31km (dh ada jalan pintas, so dekat sikit daa..)masuk opis, aku rasa cam tu lak..takkan aku pregnant kot,ye la period dh tak jln dekat2 2bln sudahh..tp semalam aku tak makan nasik,ratah laok je,bukan diet,tp dah kenyang makan petang tu..aku ni,kalau bab makan, 2x sehari nasi,paling kurang 1x,tk boleh wei tak makan nasi, rasa nak jalan pon tak larat..dah 65kg pun tak sedaq2 nak cari jln nak kuruih..kang laki aku sound,menyentap la pulok..perut aku masuk angin la tu..tp, utk menjelaskan keadaan aku ni, nanti aku nk p klinik,nak check,apa yg sebenaqnya itu..masuk angin ke benda lain??ish, tang mana pulak klinik panel kat kulim ni..xpa,staf ramai, tanya depa satgi..

Wednesday, June 16, 2010

teringin itu..teringin ini...

Hem..sejak 2 menjak aku kat opis baru ni, aku sarapan siap2 kat umah sblm sampai ofis,pastu mkn plk time lunch,pastu blk umah pulak baru makan lagi tuk dinner..beza ngan dulu masa aku kat Penang, bfast dah kat umah, sampai opis bfast lagi ngan geng2 kat Restoran Jamal Nasi kandaq, aku mst makan smaada roti telur or roti kosong or roti tampal..air wajib kopi tarik..(mamak tu mesti rindu kat aku..perasan sat noo)..pehtu, masuk wat keja,lunch time mesti mkn ngan geng2 wajib aku, Haida, Zaza n Kak Aziah (kadang2 je dia dpt join..)slalu kami bertiga je la..restoran wajib kami lak, mesti Anggerik Desa, aku suka sgt mkn kat situ, coz makanan dia lebih kepada masakan siam patani. menunya,tiap2 kali aku p,mst x miss order Bihun sup siam ayam + perut..pehtu, kami akan teruskan xtvt mengulaq kami,samaada window shoping kat Sunway Carnival,tak pun Tesco,tak pun Jusco..kalau keluaq kul 12, kul 3.30 baru masuk opis..lamanya masa diambil kan..takpe, aku kan keje bahagian sales,bukan slalu pun kitorang mengulaq, kitorang slalu jumpa cust,pehtu le baru buat keje ala2 keji gitu..hehhee..(bos aku pun sama jugak, kan kan kan??)petang tu pulak pas masuk opis, kalau lapaq, p terjah makcik jual goreng pisang pulak..masuk opis makan dlm opis,bancuh milo panas..balik cam biasa, dok ngan mak, siap masak dah, aku ambik pinggan, isi dan makannnn..hebat kan hidup aku..tapi pasni baru la ada akai, aku bakal pindah ke umah sendiri kat SP(sg petani, kedah)..masa tu baru la rasa tangan 2,kaki 2 cam dah kena tambah jadi lapan..kwang kwang kwang..pandai2 la mimi oi nak urus anak2..rumah tangga..(sori, rumah aku tak bertangga :)..nak urus hubby..waa..kena gosok baju unipom, ni yg aku mlas..mau ada line yg tajam..waduhh..skarang hubby buat sendiri kat quarters dia..cyan dia..ada bini tp dok jauh..cam orang bujang pulak..eh,apa kena mengena dengan tajuk teringin tu teringin ni nih??tak, sebenaqnya, sejak 2 mnjak aku keja kat opis baru ni, aku rasa teringin nak makan macam2, tetiba teringat nak makan bihun sup kat anggerik desa nuunnn,tetiba nak makan nasi ayam periuk besaq (ada kat kulim ni..),tetiba teringin nak makan sup kaki nasi ayam periuk besq tu..haihhh..bila gemok susah hati pulak..satu lagi, period aku enggak datang2 lagi nih..awat pulak..hemm..kira p kira mai, last period 21 Apr 2010..skarang dah 16 June..tp aku kurang kisah sebab slalu sgt jadi camtu,bila aku test hari, -ve,esok lusa mai dah period..so, tunggu je la apa hasilnya..ntah hapa2 entry aku kali ni..bjela2..mereben2..

Monday, June 14, 2010

HARI KE 14 AKU DI KULIM..

Appa daa punya tajuk..ye la,nak citer sikit ni,kan aku dh 2 minggu kat kulim ni,so sikit sebnyak aku dh tau le tempat kat sini..tp tempat makan je yg aku tau, tu pun selang sehari mai kedai A,esok kedai B,pastu Kedai A balik..pulak tu, aku main menonong je cari jalan, one way pulak tu, klu tlepas, pusing le balik jwbnya, tp sykur,pekan kulim ni idak le besar..boleh dikatakan, aku cukup2 jarang makan sorang2, at least 1 kwn msti ada. tp kat kulim ni, staf majoritinya lelaki, segan pulak aku nak ajak depa,kurang manis gitu, ye dak..tadi aku kluaq ngan member poli aku dulu, dia bawak la aku round2 kulim,lunch ngan dia, pastu tunjuk kat aku jalan shortcut nak balik, kalau tak aku guna jalan ikut signboard, mak ai, trafic lite sesaja..baru masuk gear 2,dah jumpa balik traffic lite tu..satgi petang, aku nak guna jalan yg dia tunjuk kat aku tadi.really helpful ini kawan..thanx ye farah..dia keje kat Majlis Perbandaran Kulim, kira dah terra habis la jln kot sini,ye la 8 thn dah..tp sebenaqnya, aku dulu skolah kat sini, SMV Kulim. tp dah tak berapa ingat jalan,ye la,dulu aku naik bas turun bas,tak pun prebet sapu..tup2 sampai depan asrama..selalu outing pun pusing2 area pekan kulim ni je..tp skarang ni,ada la sikit2 perubahan..bila tengok pasaraya yg masih ada, yg dedulu aku rajin perabiskan duit,teringat zaman dolu2 masa outing, semuanya sedondon je, baju kaler dark blue dan masa form 5 kaler biru muda batik2..skema je kan..zaman remaja muda belia la kan..skarang ni aku mai balik sini,dulu skolah,skarang keja..best..tak sesak,tenang je drive wpun jauh..30++ pun takpe la, janji aku tak tension..harap aku leh buat yg terbaik dlm keja aku, so aku leh le lama keje kat sini..chaiyok chaiyok mimi!!

Sunday, June 13, 2010

adoi..sakitnya..

Al kisahnya..rabu lepas aku balik kg,bwk anak2,hubby sampai kemudian coz dia orientasi kat USM, samb degree kat situ. so, kena la aku drive sendiri..pas keja hari Rabu,aku bwk anak2 terus ke Perlis,esok tu (khamis) ada meeting kat A.Staq.aku paling tak suka drive sendiri dgn jarak yg jauh, takat 30km gagah la, tp sampai 100km keatas tuh, aku dah boring,ngantuk dan utamanya, letih..sangatlah letih..pulak tu skarang ni asyik ujan je, melebat pulak,sampai tak nampak jalan..keluaq tajuk kot aku nih..nak citer, yg skarang ni perut aku sakit sgt2, terutamanya bahagian perut belah kanan..org kata pompuan yg lepas bsalin,jgn silap mkn.wpun anak aku dah hampir2 3 thn,klu aku tsilap ambik makan, kompom akan sakit badan aku nih..spanjang cuti kt kg tu, aku makan laksa (kak ipaq aku buat, sedapp)aku kan hantu laksa..so bila makan, memang tak fikir apa pun risiko sat gi, pastu tu sarapan esok pagi, pulut durian,lunch lak mertua ajk p kenduri, 3 buah rumah 1 hari..makan lak kerabu nangka..balik tu,bsilat le aku dalam jamban tu ha..hubby kata, takyah le balik Penang, ambik MC,jgn p keja esok..uihh..takmau la aku..dipendekkan citer, aku skarang kat ofis,mai keja,tp perut masih rasa sakit2 wpun dah boh minyak dan dapat lak bonus pagi ni, sakit urat kat tengkuk kanan..silap bantal kot semalam..ha..dok menahan kesakitan je ni..tadi briefing sikit ngan staf,pastu aku tak tau dah nak buat apa skarang ni..nak toleh ke kiri, sakit yg amat..so jadi robot,pusing ngan badan2 skali..keh keh keh..rasakan kalau makan tak ingat dunia..

Tuesday, June 8, 2010

tensionnn..


aku tak tau la,lately ni aku rasa tsangatlah tension..sangat333 tension..bukan pasal kerja ok..dipendekkan cerita, company aku nak permanentkan staf kontrak macam aku ni. so,semestinya ada tempat kosong la,klu tak,kena la tunggu sampai ada kosong, yg banyak kosong dah tentu kat KL nunn..utk avoid dr ke KL yg agak sesak gitu,(aku kan orang kampung..)aku mohon mana2 kekosongan kat Kedah, so dapatlah aku ni kat Kulim. yg tension tu, sini bukannya nak terus permanentkan aku, confirmlah depa nak tengok performance aku dulu,diorang nak aku habiskan kontrak aku kat sini, kira2 ada lagi 4 bln, pastu kalau aku perform,no problem katanya. itulah yg buat aku tension tu, mula balik dari A ok,sbb aku masuk unit lain, aku tinggal apa smua kat Penang, kat Penang, target aku achieve 100% plus2 k..so, itu yg buat aku tension teramat sangat ni..sia2 saja aku buat kerja kat Penang,akhirnya kena mula baru semula kat Kedah ni. ye la, takkan nak salahkan state ni pulakkan, memang la, sapa pun nak kena nilai dulu..semangat aku nak buat kerja kat tempat ni sgt bkobar2..namun apa daya aku, kalau hanya tinggal 4 bln utk buktikan. leceh la camni, umo makin tua, tp kerja masih tak kompom2 lagi..tapi bak kata sorang kawan 'lebih baik pening buat keja, dari pening takdak keja..' hai..kawan2..doakan yg terbaik untuk aku k..aku rimas,pressure,tension..mereng..apa2lah yg sewaktu dengannya..dah le letih ulang alik 70km sehari..harap2 ianya berbaloi..amin..

REUNION PPJ 95/96

Al kisahnya, hari sabtu lepas 5.6.10 merupakan tarikh keramat buat geng2 ppj, sbb diadakan reunion setelah 14 thn masing2 membawa haluan..memang sangat seronok ok, tp maaf ye, entry ni aku buat kat opis, so tak sempat nak upload gambar.mbe next entry aku masukkan k. aku p dari pagi sampai ke malam je, tak bermalam coz ahad aku keja, kan aku kat Kedah skarang ni. nak mintak cuti pun, takut gak, baru tukar ke sini, tup2 nak bcuti bagai..yg penting aku dapat jumpa kengkawan dan cikgu kelas, pn mariah.pn mariah memang tak banyak berubah, maintain je..kami je ada yg dah mengembang, dan ada gak yg still maintain dan makin2 cantik. aku sah2la mengembang ngan jayanya..kengkawan yg join hari tu tak ramai, tp dah cukup buat hari tu jadi hari yg paling meriah..Eera, eina,aku,ilah,liza,lia,murni,fizah,mariah n cikgu mariah. aktiviti kami ialah bcerita,imbau kembali saat2 kena denda masa zaman skolah dulu..penuh gelak tawa tuu..sebelah malamnya pulak, xtvt makan2 kat telok tempoyak, smua yang join, kebanyakannya ngan famili, aku bwk anak je, hubby kat Melaka, KMK.pendek kata, memang happening..sronok..insyaallah, akan datang kita buat lagi, dan kali ni harap2 lebih ramai yg leh join..adiosss..

Thursday, May 6, 2010

trip to sabah with Tiaranita TM..





Inilah 1st time aku jejakkan kaki ke negeri di bawah bayu..uih..sonot..aku ingat lagi,bla hubby tanya, kat M'sia ni, kat mana tempat yg teringin nak lawat? aku gtau dia,Sabah, sbb cam sejuk je sebut Sabah tu..tapi hubby aku sampai dulu, siap daki gunung Kinabalu lagi, last year kalau tak silap. dia p ngan jabatan dia la, takkan nak bawak aku kot, kan?? so, this year is my turn pulak k..tp tak habis pun 1 sabah, paling jauh, kat kundasang je. al kisahnya, sempena Dinner Tiaranita, 1 malaysia gather @ Sabah this year, last year @ Kedah.Next year plak @ Johor. Tiap2 thn mesti kena buat psembahan, takleh miss pya, kena hantaq wakil, mnari pulak kena ikut tema. last year temanya "Malaysia thruly Asia" (ntah tol ntah tidak aku tulis tu..ngeee..)thn ni temanya Rock the nite..mak aih..rock gitu..so, aku antara yg tlibat utk menari..ya, kali ke2,tiang letrik ni dipaksa menari..hehehe..bukan senang oo orang nak pilih kita kan?? riak sket..hohoho..
alkisahnya, kami btolak pd jumaat 30hb 4, fly dr Penang terus ke KK. asalnya flight kul 8.50pm, delay plak sampai kol 10pm..lebih kurang 2jam lebih2, sampai airport KK. check in kat Marina Court,kat2 kul 2.30 pagi. memang letih..esok pagi kul 6 dah kena ada kat stadium, acara perbarisan,senamrobik and sukan bermula..kul 6 dah cerah benderang..lelih la kena bangun awai..aku ada la join sukaneka, Merry go round..hahaha..blm apa2 dah disqualified..org suruh buat lain, kami buat lain..patut la sampai awai..org tua2..camtu la, kurang paham arahan sudahhh..takpa, yg penting heppy..habis tu, aku n d geng dok kat kerusi n zzzzzzzzz...gila wei, duduk pon boleh t'tido..tidoq tak sampai 3 jam malam tu..sampai ada kawan aku langkah longkah kecik pun tak lepas, t'tonggeng dia..kesian dia, habis betis sakit, malam tu nak menari pulak..
malamnya xtvt dinner la, pas habis smua make up apa yg patut, terus ke One Borneo Ballroom (tu pun kalau aku tak silap, dah lupo den)..having dinner kat situ..pastu psembahan dari setiap state, memang happening gila la diorang tu..ikut tema lagi..tak kira tua or muda, smua sporting. artis malam tu, Stacy..aku suka dia Bah...
utk psembahan kitorang dapat no 6, cam taon lepas jugak..ok la..tak harap pun nak menang...
pastu balik bilik, kebabom..pagi esok adalah shoping time..tempat yg dilawat, pasar gaya, pasar philiphine, kilang coklat, n makan2..bab makanan, aku takleh terima, air tawaq nak mampos, makanan pulak..manis ada, tawar pun ada..tekak aku suka yg pedas2..makan dengan tak nikmatnhya..janji kenyang je..malam tu best, kita pekena seafood, murah siot..6 org mkn, siap bawal hitam besaq, udang besar, sotong besaq n ayam, regenya baru 5x.xx je..ha, murah kan?yg tu sampai tak habis pulak..air, biasala..totap tawar..shoping lagi malam tu kat pasat malam, harganya lagi murah dari pasar philiphine..aku beli batu cincin ala2 krystal tu kat psr philiphine 1 rm 12,after less rm 8, tp malam tu 1 bj rm 2 je, 2 bj boleh kasih rm3..APAAA???murahya, tp kawan2 aku nak sedapkan hati, kata kat aku, beza kualiti tu..ntah le, tak beli pun aku malam tu..cuak je..
esoknya, pagi2 kul 6 dah kumpul n gerak ke Kundasang, kaki gunung Kinabalu..kat situ aku suka, sebb sejuk..cantik..dingin..beli apa yg patut, pastu gerak balik sebab nak fly kul 5..itulah citernya...tp kalau ada masa dan wang, akan ku pergi ke sana juga nanti..sbb ke Pulau2 yg indah2 belum ku sampai..mau ada 1 minggu kat sana, baru bes..hehehe..aku p ngan family pulak nanti..ekekeke..tp hasrat di hati teringin nak shoping kat Bandung..hubby aku setuju..bila tu tak tau lagi..tengok jadual..dan fulus..
so, tak larat aku nak menaip dah, tengok gambaq dah k..tak banyak pun, bateri kamera aku lupa nak charge..huhuhu..